BERCUTI, BERAYA TETAPI JANGAN LUPA PELAJARAN – PENGETUA KANAN
KHAMIS, 2 SEPTEMBER 2010 – Pengetua Kanan DESSO, Encik Abdul Rahman bin Husin berharap — sempena Cuti Pertengahan Penggal Kedua yang bermula esok yang diikuti sambutan Hari Raya Aidilfitri 1431 Hijriah pada akhir minggu hadapan — pelajar tidak terlalu leka sehingga melupakan pelajaran, khususnya bagi pelajar yang akan menghadapi peperiksaan awam pada tahun ini.
Beliau melahirkan harapan itu dalam Perhimpunan Khas yang diadakan pada pagi ini, hari terakhir sebelum warga pelajar dan guru menjalani kedua-dua cuti tersebut. Beliau berharap pelajar mengelakkan diri daripada bermain mercun, melakukan aktiviti rempit, mematuhi peraturan awam dan agama pada setiap masa, menjaga diri supaya tidak mengalami kemalangan atau kesusahan, dan menziarahi rakan taulan dan sanak saudara sempena aidilfitri nanti.
KALIMAH “ALLAH” PADA BATU KARANG
RABU, 1 SEPTEMBER 2010 - Seorang pelajar DESSO dapat dianggap bertuah kerana telah terjumpa seketul batu karang kecil yang bertulis kalimah “Allah” di atasnya.
Pelajar tersebut, Izyan Jahirah binti Rosli, dari Tingkatan 5F, menjumpai batu karang putih itu di Pantai Kemasik.
“Saya menjumpainya di atas pasir yang jauh dari kawasan air. Di sekitarnya pula terdapat banyak batu karang lain,” Izyan Jahirah memberitahu Pelita Online hari ini.
SALAM KEMERDEKAAN: TRANSFORMASIKAN DIRI KITA
SELASA, 31 OGOS 2010 – Jawatankuasa Dokumentasi Sekolah, khususnya Unit Laman Sesawang, mengucapkan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan ke-53 kepada seluruh warga DESSO.
Pengurusan sekolah, melalui Pengetua Kanan, Encik Abdul Rahman bin Husin mengharapkan keluarga DESSO menghayati erti kemerdekaan dengan betul agar dapat memberi manfaat kepada setiap individu, keluarga, sekolah, agama, dan masyarakat.
Tema sambutan tahun ini, “1 Malaysia Menjana Transformasi” sangat tepat dengan usaha pihak kerajaan mengubah pendekatan dalam pelbagai hal pentadbiran, termasuk dalam bidang pendidikan negara.
Pelita Online berpendapat bahawa warga sekolah kita, khususnya pelajar, yang bakal menjadi latar belakang kepimpinan negara pada masa akan datang, wajar sekali melaksanakan tranformasi atau perubahan dalam diri dan keinginan masing-masing, agar mencapai kejayaan. Pelajar harus meningkatkan daya usaha, melepaskan diri daripada belenggu malas dan sikap menyeleweng daripada disiplin sebagai pelajar, serta selalu memberi kerjasama kepada rakan, guru, dan kakitangan sekolah, agar kita dapat menuju mercu kecemerlangan dengan lancar.
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan.
MAJLIS BERBUKA PUASA DESSO
Gambar oleh WAN FAUZEY dan RAJA NURUL HUDA
RABU, 25 OGOS 2010 – Guru dan kakitangan bukan akademik DESSO yang sebahagian besarnya disertai anggota keluarga masing-masing menghadiri Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di Dewan Warisan hari ini.
Majlis yang dianjurkan oleh MAKDIS dan Panitia Pendidikan Islam itu menyediakan 41 buah meja.
Sebelum berbuka puasa, Majlis Khatam al-Quran diadakan di Surau al-Ikhlas yang dikendalikan oleh Tuan Haji Ghazali bin Abdullah. Semenjak beberapa tahun lalu, MAKDIS menugaskan setiap orang guru dan kakitangan sekolah khatam satu juzuk ayat al-Quran bermula pada hari pertama bulan Ramadan.
Turut hadir dalam Majlis Khatam al-Quran ialah Tuan Haji Mukhtar bin Omar, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), manakala Encik Mau Yon Seong, Naib Yang Dipertua PIBG menyertai Majlis Berbuka Puasa, di samping beberapa orang ahli jawatankuasa PIBG.
PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERMULA
RABU, 18 OGOS 2010 – Warga pelajar DESSO akan mengalami suasana peperiksaan apabila semua tingkatan menghadapi peperiksaan masing-masing bermula pada minggu ini.
Peperiksaan Percubaan PMR bermula pada 15 Ogos 2010 (Ahad) lalu dan akan berakhir pada 19 Ogos 2010 (Khamis). Percubaan SPM dan STPM pula masing-masing bermula 17 Ogos 2010 (Selasa) dan 19 Ogos 2010 (Khamis) yang akan berakhir pada 2 September 2010 (Khamis).
Pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2, dan 4 juga telah menghadapi Ujian Bulan Ogos mulai 17 Ogos 2010 (Selasa) yang akan berakhir pada 19 Ogos 2010 (Khamis), manakala pelajar Tingkatan 6 Bawah menghadapi OTI 1 pada 22 Ogos 2010 (Ahad) hingga 26 Ogos 2010 (Khamis).
Pelajar yang menduduki Peperiksaan Percubaan PMR, SPM dan STPM menggunakan soalan selaras untuk seluruh negeri Terengganu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, manakala pelajar-pelajar lain menggunakan soalan yang dibina oleh Panitia Mata Pelajaran.
Rare ‘princess’ turtle returns to Rantau Abang-Malaysia
KUALA LUMPUR (AFP) – – A leatherback turtle has made a surprise return to a Malaysian beach after 32 years, a report said Friday, hailed as a “miracle” by conservationists and renewing hopes for the endangered species.
The leatherbacks — the largest of all sea turtles — were once a star attraction at Rantau Abang beach in Malaysia’s northern state of Terengganu but o
verfishing, poaching and pollution caused the population to plummet.
The turtle, dubbed the “Puteri Rantau Abang” or Rantau Abang Princess and identified by special markings, returned last month to end a long dry spell of turtle landings which have been rare in Terengganu since the 1980s.
“It is a miracle that leatherback turtles are making a comeback to this area,” Malaysian Fisheries Department director-general Ahamad Sabki Mahmood said according to The Star newspaper. Baca lagi »
GURU TERIMA “PEN-DRIVE” DARIPADA MB TERENGGANU
SABTU, 14 OGOS 2010 – Guru-guru DESSO menyertai Majlis Perjumpaan YAB Menter
i Besar Terengganu dengan Guru Seluruh Daerah Dungun yang diadakan di Dewan Gemilang, SMK Paka, hari ini.
Majlis anjuran Kerajaan Negeri Terengganu, Jabatan Pelajaran Terengganu dan Pejabat Pelajaran Daerah Dungun itu mengumpulkan 2847 orang guru dari 48 buah sekolah rendah dan 23 buah sekolah menengah di seluruh daerah Dungun.
Dalam majlis itu, semua guru yang hadir, termasuk dari DESSO dengan jumlah guru yang paling ramai, berjumlah 118 orang, menerima sebatang pen-drive 8GB yang ditempah khas seorang demi seorang. Pen-drive yang mempunyai cetakan bendera negeri Terengganu itu disampaikan sendiri oleh YAB Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu.
Majlis itu dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Encik Zakariah bin Ali, Pegawai Pelajaran Daerah Dungun, dan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said tersebut untuk menghargai warga pendidikan yang berjaya mengekalkan prestasi cemerlang dalam peperiksaan awam.
SUNTIKAN SEMANGAT DARIPADA PEGAWAI PEJABAT PELAJARAN
KHAMIS, 12 OGOS 2010 - Pelajar Tingkatan 6 DESSO menerima suntikan motivasi terbaharu pagi ini daripada pengurusan Pejabat Pelajaran Daerah Dungun melalui Penolong Pegawainya, Encik Che Mohd Yusri bin Che Hashim.
Dalam sesi motivasi itu, Encik Che Mohd Yusri menekankan kepentingan pelajar menumpukan perhatian kepada pelajaran, dengan berusaha meningkatkan pencapaian masing-masing.
Beliau juga menjelaskan hal sekolah di daerah Dungun dalam kedudukan pencapaian individu peringkat negeri Terengganu yang sangat tidak menyenangkan. Ketika pelajar terbaik DESSO yang diwakili oleh Fatin Haniza binti Azahar yang menduduki tempat ke-12, kebanyakan tempat teratas didominasi oleh pelajar dari daerah Besut dan Setiu.
Menurut Penolong Kanan Tingkatan 6, Puan Robiah binti Husain, kedatangan Encik Che Mohd Yusri, Pegawai Pengurusan Kurikulum Teknik dan Vokasional PPD Dungun yang ditugaskan menyelaras hal ehwal akademik STPM itu sangat penting dalam usaha meningkatkan kesungguhan pelajar DESSO untuk menghadapi peperiksaan Percubaan STPM pada 19 Ogos 2010 ini dan STPM yang bermula 23 November nanti.
Semua pelajar Tingkatan 6 Atas dan 68 orang pelajar Tingkatan 6 Bawah yang hadir ke sekolah pada hari ini mengikuti majlis yang berlangsung selama dua jam di Bilik Mesyuarat itu.
SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN
KHAMIS, 12 OGOS 2010 – Jawatankuasa Agama Islam dan Dakwah Sekolah (MAKDIS) mengadakan Solat Hajat dan Bacaan Surah Yasin Perdana yang melibatkan pelajar yang akan menghadapi peperiksaan PMR, SPM, dan STPM, pagi ini.
Solat hajat itu diadakan dengan tujuan untuk membantu pelajar mendapat ketenangan jiwa dan berdoa agar dipermudah dalam mencari ilmu. Program ini juga untuk melatih pelajar sentiasa mengingati Allah dan selalu berdoa untuk mencapai keputusan cemerlang.

Majlis yang dipimpin oleh Tuan Haji Ghazali bin Abdullah itu turut dihadiri oleh Pengetua Kanan, Encik Abdul Rahman bin Husin, dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Ruslan bin Haji Ismail, Guru Penolong Kanan Tingkatan 6, Puan Robiah binti Hussain, dan guru-guru tingkatan 3, 5, dan 6 Atas.
DESSOANS WELCOME THE HOLY RAMADAN
TUESDAY, 10 AUGUST 2010 - As the clock strikes 12 tonight, Muslims all around the world embrace the holy month in Muslim’s calendar, the month of Ramadan.
Surely to say, it is one of the most awaited month by Muslims all around the world.
Dessoans are no exceptions. Teachers and students are all geared up physically and spiritually to go on the fasting battles wholeheartedly. To quote what Encik Suhaimi, one of the teachers in DESSO, “Nothing is ever more satisfying than teaching in the month of Ramadan. Despite the tiredness, the effort will be doubled for it is the month of ‘barakah’,” he said when asked of his opinion.
Students are also looking forward to fasting tomorrow. Some even have prepared themselves earlier by fasting on the last few days before the first of Ramadan. A few of the form six students told Pelita Online that as if a ritual, they somehow feel calmer and study better in this month.
That should be the spirit of all DESSOANs. Lets make the best of this month. On behalf of all PELITA editors, happy fasting to all!
