 |
| Log Masuk |  |
| Menu Utama |  |
| Carian Anda |  |
| Tajuk Pilihan |  |
| Kotak Jerit |  |
| Ahli Dalam Talian |  |
| Waktu Solat |  |
| Hits Laman |  |
Page View Laman Ini..
0372620 bagi versi 8 mulai pada 1 September 2010 |
Hits
| · Hari Ini |
6 |
| · Semalam |
230 |
Purata Hits
| · 1Jam |
32 |
| · 1Hari |
340 |
| · 1Bulan |
10,351 |
| · 1Tahun |
124,207 |
Masa Server
| · Jam |
01:42:50 |
| · Tarikh |
23 Feb 2012 |
| · Zon Masa |
+0800 |
| |
|  |
" SAHSIAH TERPUJI KECEMERLANGAN LESTARI "
|
|
PELITA ONLINE MENGUCAPKAN
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL " Persefahaman Asas Perpaduan Ummah" |
|
SEHARI SATU AYAT (Klik dan Dengar)
Ayat al Quran pada hari ini ialah dari Surah ke-6. Ayat 106 . Ikutlah apa yang telah diwahikan kepadamu dari Tuhanmu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, dan berpalinglah dari orang musyrik.
[Al-An'am:106]
|
|
 | Terkini PUSAT ISLAM DESSO DIRASMIKAN |
 AHAD, 19 FEBRUARI 2012 - Surau SMKSO yang sebelum ini dikenali sebagai Musolla al-Ikhlas telah ditukar nama secara rasminya kepada Pusat Islam DESSO mulai malam ini. Perasmian nama Pusat Islam DESSO itu disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Matulidi bin Jusoh, Ahli Parlimen Dungun bersempena dengan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SMK Sultan Omar.
Penukaran nama itu dilakukan ekoran pembaikpulihan fizikal surau tersebut yang melibatkan kos lebih daripada RM80,000.00 hasil daripada peruntukan daripada kerajaan, selain sumbangan daripada MAIDAM, PIBG DESSO sendiri, dan derma daripada syarikat dan orang perseorangan. Menurut Encik Abdul Rahman bin Husin, Pengetua Kanan DESSO dalam ucapan alu-aluannya, dengan peningkatan taraf itu, pusat itu bukan sahaja akan berfungsi sebagai tempat untuk sembahyang, malahan turut menjadi tempat pengajaran dan pembelajaran keagamaan, dan akan dilengkapkan dengan kemudahan perpustakaan dan komputer.
Sebelum majlis perasmian, ibu bapa dan pelajar tingkatan tiga, lima dan enam bersembahyang Maghrib berjemaah dan mengikuti bacaan al-Quran serta tazkirah yang disampaikan oleh Tuan Haji Ghazali bin Abdullah, Guru Pendidikan Islam DESSO. Majlis juga diserikan dengan persembahan nasyid dan marhaban oleh Kumpulan Syababul Faizin. Turut hadir ialah wakil Pegawai Pelajaran Daerah Dungun, Encik Idris bin Bidin, Yang Dipertua PIBG, Tuan Haji Mokhtar bin Omar, dan ahli jawatankuasa PIBG lain.
|
|
|
Dikirim oleh suhaimi pada Monday, 20 February 2012 (4 kali dibaca)
komentar? | Terkini | Nilai: 0)
|
|
 | Terkini BERUSAHA GIGIH SEPERTI SEDANG BERBURU |
 KHAMIS, 16 FEBRUARI 2012 - Unit Perkhidmatan Kaunseling dan Projek Kecemerlangan SPM mengadakan Majlis Memburu Impian SPM pada hari ini. Majlis bermula dengan solat hajat dan bacaan surah Yasin di Pusat Islam DESSO.
Pada tahun ini, DESSO mempunyai 234 orang pelajar tingkatan lima yang akan menduduki SPM pada bulan November nanti. Projek Kecemerlangan SPM menyasarkan pencapaian 12 orang calon memperoleh semua A, 80% calon lulus semua mata pelajaran, dan 100% calon layak mendapat sijil, dengan mencatatkan gred purata sekolah di bawah 5.00. Pengetua Kanan, Encik Abdul Rahman bin Husin dalam ceramah motivasinya di Dewan Warisan, berharap agar semua pelajar menjadikan usaha untuk mendapatkan kelulusan cemerlang dalam SPM seperti sedang memburu sesuatu yang sangat diperlukan. Sebagai pemburu, menurutnya, pelajar harus sentiasa bersedia, bersungguh-sungguh, mempunyai kelengkapan yang mencukupi, memiliki keyakinan, mementingkan keselamatan, dan akhirnya perlu mendapat hasilnya. Sebelum ucapan motivasi dan perasmian dijalankan, pelajar dikehendaki menyatakan aku janji untuk mencapai sasaran masing-masing dalam peperiksaan SPM nanti.
Dalam majlis itu, pelajar melafazkan ikrar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Majlis diakhir dengan zikir munajat.
|
|
|
Dikirim oleh suhaimi pada Friday, 17 February 2012 (3 kali dibaca)
komentar? | Terkini | Nilai: 0)
|
|
 | Terkini DESSOANS WELCOME NEW MEMBER |
 by ROZANA MOHAMED HASAN
TUESDAY, February 7, 2012 - DESSO once again brightens up with the presence of an English Teaching Assistance (ETA) from the United States of America, Miss Kaitlin O'Malley. Her presence to DESSO has been long awaited since last year and indeed a delightful moment to all when she arrived with her warm smiles and humble personality. On Wednesday morning (February 1, 2012) she was ushered to the meeting room and was introduced to the Principal and all the Senior Assistant Principals of DESSO in a brief ice-breaking session. After the session, she was led by her mentor, Puan Rozita to the staffrooms to be introduced to all the teachers. Miss O'Malley grew up in the Northern suburbs of Chicago. Both her parents are attorneys and she has an older brother. Miss O'Malley is a huge Cubs and Blackhawks fan. She graduated from Kenyon College in Gambier, Ohio with a degree in Economics. At school, she played midfield attack on the varsity lacrosse team and was a member of the student government and worked with Habitat for Humanity. She has been abroad to Belgium and during her junior year , she studied in Brussels, for one semester and Chiang Mai, Thailand for the second semester. After college, Miss O Malley joined Teach for America program and moved to northwest New Mexico to teach Math on the Navajo Indian Reservation for two years. According to her she loved living and working in the community because she was able to really get to know her students and their families. She is really excited about coming to Malaysia and being here in our country. On behalf of all the DESSOANS I once again welcome Miss O Malley and hopefully her stay with us will bring happiness and memorable experience for both parties. As we say it in Malaysia, “SELAMAT DATANG”.
|
|
|
Dikirim oleh suhaimi pada Tuesday, 07 February 2012 (10 kali dibaca)
komentar? | Terkini | Nilai: 0)
|
|
 | Terkini PELAJAR TINGKATAN 6 TERIMA BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA |
 SELASA, 31 JANUARI 2012 – Pelajar Tingkatan 6 Atas DESSO menerima Baucar Buku 1 Malaysia pada tengah hari ini yang disampaikan oleh Pengetua Kanan DESSO, Encik Abdul Rahman bin Husin.  Dalam ucapan ringkasnya, Pengetua Kanan berharap semua pelajar memanfaatkan pemberian itu dengan membeli buku yang dapat meningkatkan pencapaian pelajaran dan menambahkan pengetahuan. Sambil meminta pelajar berterima kasih kepada kerajaan dan bersyukur kepada Allah, beliau tidak mahu berlaku kes penjualan baucar buku tersebut seperti yang dilaporkan dalam media sekarang.  Pemberian Baucar Buku 1 Malaysia yang bernilai RM200.00 itu untuk meringankan beban pembelian buku rujukan dan untuk menggalakkan amalan membaca dalam kalangan pelajar. Dalam majlis itu, 56 orang pelajar menerima empat keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.  Turut hadir dalam majlis yang diacarakan oleh Guru Kaunseling, Haji Ramli bin Musa itu ialah Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Ruslan bin Haji Ismail, dan Penolong Kanan Tingkatan 6, Puan Robiah binti Husain.
|
|
|
Dikirim oleh suhaimi pada Tuesday, 31 January 2012 (13 kali dibaca)
komentar? | Terkini | Nilai: 0)
|
|
 | Terkini PELAJAR PMR IKRAR MENGEJAR IMPIAN |
 RABU, 18 JANUARI 2012 - Pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebelum penghujung tahun ini melafazkan ikrar untuk mencatatkan kegemilangan dalam peperiksaan tersebut pagi ini. Ikrar dilafazkan dalam Majlis Mengejar Impian PMR anjuran Projek Kecemerlangan PMR dan Unit Perkhidmatan Kaunseling Sekolah di Dewan Warisan.
Sebelum ikrar dilafazkan, pelajar tingkatan tiga mengikuti ceramah motivasi daripada Unit Kaunseling, dan kemudiannya mengikuti ucaptama Pengetua Kanan, Encik Abdul Rahman bin Husin. 
|
|
|
Dikirim oleh suhaimi pada Wednesday, 18 January 2012 (32 kali dibaca)
komentar? | Terkini | Nilai: 0)
|
|
 | Terkini PELAJAR TINGKATAN SATU 2012 MENDAFTAR |
 SABTU, 31 DISEMBER 2011 - DESSO mengadakan Majlis Pendaftaran Pelajar Tingkatan Satu untuk persekolahan sesi 2012 pagi ini di Dewan Warisan. Menurut Pengetua Kanan, Encik Abdul Rahman Husin, 414 orang pelajar tingkatan satu diagihkan ke sekolah ini pada kali ini. Jumlah itu termasuk 85 orang pelajar kelas Premier yang mendapat keputusan 5A dalam UPSR tahun ini.
Seperti tahun sebelumnya, DESSO menerima pelajar dari SK Sultan Omar, SK Pusat, SJK (Cina) Kwang Hwa, dan SJK (Cina) Sin Chone. Sekolah membuka sembilan kelas, termasuk dua kelas Premier. Guru Kaunseling DESSO, Tuan Haji Ramli bin Musa dalam taklimatnya memberitahu ibu bapa bahawa semua pelajar tingkatan satu akan menjalani Minggu Suai Kenal mulai 3 Januari 2012 hingga 5 Januari 2012. Selepas pendaftaran pelajar mengikut kelas yang telah ditetapkan, ibu bapa pelajar yang hadir membeli alat tulis dan pakaian yang diperlukan di Koperasi SMKSO.
|
|
|
Dikirim oleh suhaimi pada Saturday, 31 December 2011 (36 kali dibaca)
komentar? | Terkini | Nilai: 0)
|
|
 | Terkini KEPUTUSAN PMR 2011: LULUS SEMUA MATA PELAJARAN MENINGKAT |
 KHAMIS, 22 DISEMBER 2011 – Calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 DESSO mencatatkan keputusan yang lebih baik daripada tahun lepas dengan memperoleh 72.87% pencapaian lulus semua mata pelajaran (LSMP). Pencapaian yang dicatatkan oleh 180 orang calon itu merupakan 9.51% lebih baik daripada tahun sebelumnya. Sebanyak 247 orang calon hadir dan menduduki PMR tahun ini. Dengan pencapaian itu, gred purata mata pelajaran (GPMP) ialah 2.77, juga bertambah baik berbanding dengan tahun lalu. Walaupun begitu, pencapaian A dalam semua mata pelajaran hanya mencatatkan 5.263%. Jumlah itu menunjukkan penurunan 4.62%, apabila 13 orang calon sahaja memperoleh 8A, berbanding 15 orang pada tahun lepas. Sementara itu, 11 orang calon mendapat 7A dan IB, dan lapan orang lain mendapat 6A dan 2B. Mata pelajaran Kemahiran Hidup 2 mencatatkan keputusan terbaik dengan 97.54% lulus, manakala mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik, Sains, Pendidikan Agama Islam, dan Kemahiran Hidup 3 masing-masing mencatatkan kelulusan lebih daripada 90%. Tiga belas orang pelajar yang memperoleh 8A ialah: 
1. Muhamad Amirul Izhan bin Kamaruzaman 2. Nurul Izzati binti Anuar 3. Nurulain binti Hassan 4. Nur Afiqa Mariam binti Baharudin 5. Wan Nor Farahin binti Mohamed 6. Wan Syafiqah Alya binti Wan Mazuwini 7. Yeo Zhi Fong 8. Lim Jie Wei 9. Tan Sheau Hui 10. Tan Yi Tien 11. Wee Min Yi 12. Wong Cindy 13. Deong Jing Mei
|
|
|
Dikirim oleh suhaimi pada Thursday, 22 December 2011 (41 kali dibaca)
komentar? | Terkini | Nilai: 0)
|
|
 | Terkini CALON STPM MEMOHON RESTU |
 RABU, 16 NOVEMBER 2011 - Calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) DESSO memohon restu daripada guru Tingkatan 6 dalam Majlis Restu Ilmu STPM di Bilik Mesyuarat DESSO pagi ini. Permohonan restu untuk menggunakan semua ilmu yang dicurahkan oleh semua guru STPM dan permohonan maaf untuk setiap kesilapan yang mungkin dilakukan sepanjang dua tahun di tingkatan 6 diketuai oleh Mohd Nazirul Syafiq bin Rozaly.
Majlis disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Ruslan bin Haji Ismail, yang berharap pelajar terus-terusan meningkatkan usaha ketika peperiksaan semakin menjelang. 59 orang calon STPM DESSO akan menghadapi peperiksaan itu mulai 21 November 2011 hingga 14 Disember 2011. Setiap calon mengambil empat mata pelajaran, iaitu Pengajian Am, Sejarah, Bahasa Melayu, dan Ekonomi atau Pengajian Perniagaan.
Sebelum itu, Penolong Kanan Tingkatan 6, Puan Robiah binti Husain dalam ucapannya berharap pelajar menjaga kesihatan dan keselamatan diri setiap masa. 
|
|
|
Dikirim oleh suhaimi pada Wednesday, 16 November 2011 (55 kali dibaca)
komentar? | Terkini | Nilai: 0)
|
|
 | Terkini MOTIVASI DARIPADA KETUA SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH |
 ISNIN, 14 NOVEMBER 2011 - Menjelang peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang akan bermula pada 21 November 2011 ini, pelajar Tingkatan 6 Atas mendapat suntikan motivasi dan panduan yang bermakna daripada Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Encik Zakariah bin Ali. Encik Zakariah yang bersama-sama dengan pelajar selama hampir dua jam di Auditorium DESSO mengingatkan pelajar agar mempunyai kesungguhan dan selalu bersifat mulia untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran dan kehidupan yang baik di akhirat kelak.
Turut mengikuti motivasi itu sehingga selesai ialah Pengetua Kanan, Encik Abdul Rahman bin Husin, dan Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Ruslan bin Haji Ismail. Majlis diacarakan oleh Ketua Guru Bimbingan dan Kaunseling, Tuan Haji Ramli bin Musa. Selepas majlis tersebut, Encik Zakariah mengambil peluang melakukan lawatan ke Pusat Sumber Sekolah Cemerlang, dengan diiringi oleh Pengetua Kanan dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Menyambut kedatangan Ketua Sektor secara mengejut itu ialah Guru Perpustakaan dan Media, Puan Norhayati binti Abd Rajak.
Pada tahun ini, PSS Cemerlang DESSO terpilih mewakili Dungun dalam Pertandingan PSS Cemerlang peringkat negeri Terengganu, dan semalam, PSS DESSO memenangi Anugerah Pengurusan PSS Cemerlang bersempena dengan Hari Anugerah Kualiti Pejabat Pelajaran Daerah Dungun.
|
|
|
Dikirim oleh suhaimi pada Monday, 14 November 2011 (77 kali dibaca)
komentar? | Terkini | Nilai: 0)
|
|
 | Terkini TUJUH ANUGERAH UNTUK DESSO |
 AHAD, 13 NOVEMBER 2011 - DESSO meraih tujuh anugerah bersempena dengan Hari Anugerah Kualiti Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Dungun hari ini. Dalam majlis penyampaian anugerah yang diadakan di Dewan Utama, Majlis Perbandaran Dungun itu, DESSO menerima satu Anugerah Bilik Khas Sekolah Menengah, dua Anugerah Personel Sekolah Menengah, dan empat Anugerah Pengurusan Sekolah Menengah. Bagi Anugerah Bilik Khas, DESSO memenangi kategori Bilik Guru Cemerlang, manakala bagi Anugerah Pengurusan, DESSO meraih kategori Kaunseling Cemerlang, PSS Cemerlang, Pendidikan Khas Cemerlang, dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Cemerlang.
Anugerah Personel diraih oleh Encik Suhaimi bin Mohd Salleh bagi kategori Guru Terbilang STPM, dan juga oleh Puan Ellyza binti Mohd Anuar bagi kategori Kakitangan Sokongan Cemerlang.
Majlis perasmian dan penyampaian anugerah disempurnakan oleh Yang Berhormat Haji Matulidi bin Haji Jusoh, Ahli Parlimen Dungun. Pengetua Kanan, Encik Abdul Rahman bin Husin, Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Ruslan bin Haji Ismail, dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Wan Mohd Yusof bin Wan Mohamad turut hadir dan menerima anugerah Bilik Khas dan Pengurusan Sekolah. Anugerah PIBG Cemerlang diterima sendiri oleh Yang Dipertua PIBG, Tuan Haji Mokhtar bin Omar. Penolong Kanan Tingkatan 6, Puan Robiah binti Husin turut hadir. 
|
|
|
Dikirim oleh suhaimi pada Sunday, 13 November 2011 (57 kali dibaca)
komentar? | Terkini | Nilai: 0)
|
|
Arkib Artikel
| Wednesday, November 09 | | · | JAMUAN AKHIR TAHUN KELAB GURU |
| Tuesday, November 08 | | · | RESTU UNTUK CALON SPM |
| Thursday, October 27 | | · | SIMULASI RUKUN DAN WAJIB IBADAT HAJI |
| Monday, October 24 | | · | LAMBAIAN KAABAH |
| Tuesday, October 04 | | · | PPKIBP DESSO CEMERLANG |
| Thursday, September 29 | | · | SOLAT HAJAT PERDANA |
| · | PSS DESSO WAKILI DUNGUN |
| · | CALON PMR MENDAPAT RESTU |
| Sunday, September 18 | | · | UNIT BERUNIFORM BERKHEMAH DI CHEMERONG |
| Tuesday, September 13 | | · | SAMBUTAN HARI RAYA DESSO |
| Sunday, September 11 | | · | NUR SYAFIQAH MENANG HADIAH PERINGKAT KEBANGSAAN |
| Friday, September 09 | | · | PERSATUAN PRA-U BERTUKAR KEPIMPINAN |
| Saturday, August 27 | | · | ANAK YATIM DAN MISKIN TERIMA SUMBANGAN AIDILFITRI |
| Thursday, August 18 | | · | MAJLIS KHATAM QURAN DAN BERBUKA PUASA |
| Wednesday, July 27 | | · | GURU BERTUKAR DAN GURU BERSARA DIRAIKAN |
| Friday, July 15 | | · | 13 LEPASAN STPM DESSO BERJAYA KE IPTA |
| Saturday, July 02 | | · | LARIAN 1 MURID, 1 SUKAN, 1 MALAYSIA MERIAH |
| Friday, July 01 | | · | MESYUARAT AGUNG KOPERASI SMKSO BERHAD |
| · | CIKGU WAN SU NAIK PANGKAT |
| Tuesday, June 28 | | · | PELAJAR CEMERLANG TERIMA ANUGERAH DALAM MAJLIS PENUH GEMILANG |
| Saturday, June 11 | | · | GURU DESSO TERIMA HADIAH HARI GURU |
| Thursday, June 09 | | · | CIKGU AWANG JUARA PIDATO NEGERI TERENGGANU |
| Monday, May 23 | | · | MAJLIS MERAIKAN PERSARAAN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM |
| Tuesday, May 17 | | · | HARI GURU DESSO |
| Wednesday, May 11 | | · | KHIDMAT SOSIAL PELAJAR 6 BAWAH |
| Monday, May 09 | | · | PELAJAR 6 BAWAH MENDAFTAR HARI INI |
| Friday, May 06 | | · | SEMAK KEMASUKAN KE IPTA MULAI HARI INI |
| Monday, May 02 | | · | PELAJAR DESSO YANG LAYAK KE TINGKATAN 6 BAWAH 2011 |
| Wednesday, April 20 | | · | PELANCARAN NILAM |
| Sunday, April 10 | | · | PEMIMPIN PELAJAR TERIMA WATIKAH PELANTIKAN |
| Friday, April 01 | | · | MESYUARAT AGUNG PIBG: YANG DIPERTUA DAN NAIB YANG DIPERTUA KEKAL |
| Thursday, March 31 | | · | SAMBUTAN HARI KADET POLIS DAN KAWAD KAKI |
| Wednesday, March 30 | | · | MESYUARAT AGUNG PIBG 2011 |
| Sunday, March 27 | | · | MINGGU ANTIDADAH DESSO |
| Saturday, March 26 | | · | HARI KELUARGA MERIAH |
| Wednesday, March 23 | | · | LEW YA EN PEROLEH SEMUA A |
| Monday, March 21 | | · | PROGRAM BULAN DISIPLIN BERMULA... |
| · | 'DESSO HOLIDAY TOUR" KE THAILAND |
| · | HARI PERTAMA KEMBARA: GOLOK --> PATTANI --> HATYAI. |
| · | HARI KEDUA KEMBARA DI HATYAI DAN SONGKHLA |
Artikel Lama
|
|
|  |
| Masa Pelita |  |
| Kategori Menu |  |
| Pautan Ilmu |  |
| Berita Utama |  |
| 
|